Pada pandangan saya, kejayaan
pembudayaan Sains dan Matematik tidak bergantung kepada penguasaan bahasa
Inggeris.Pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak
dasar pendidikan beraliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah melahirkan
ahli sains dan jurutera yang berwibawa dan berjaya.
Kedua, prestasi pelajar yang
diajar sains dan matematik di dalam bahasa ibunda lebih cemerlang.
Para sarjana Dunia telah
memberitahu bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkal awal
lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu.
Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui
olch UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar
dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi
lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.
Banyak kajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Inggeris menurun berbanding dengan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Melayu dahulu itu.
No comments:
Post a Comment