Thursday, July 17, 2014

Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan

Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan

Soalan yang sering ditanya mengapakah KSSR ini diperkenalkan? Jawapannya, KSSR bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Pendidikan dilihat sebagai wahana yang dapat melahirkan insan dan warga yang berketrampilan, berkemahiran dan sedia menghadapi cabaran masa depan termasuk di peringkat global. Ini bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju dan menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Pada pendapat saya, untuk memastikan kurikulum ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan maka ibu bapa perlu diberi kefahaman tentang perubahan tersebut. Sekurang-kurangnya melalui kefahaman itu akan dapat membantu dan membimbing anak-anak mereka ketika berada di rumah.

Perubahan ini juga adalah sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelaksanaan KSSR akan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa depan. Walaupun guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan namun kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak.


No comments:

Post a Comment