Wednesday, July 30, 2014

Towards Equity in Mathematics Education: Gender, Culture, and Diversity (Google eBook)


This volume gathers together twenty major chapters that tackle a variety of issues associated with equity in mathematics education along the dimensions of gender, culture, curriculum diversity, and matters of a biological nature. 

The pursuit of equity in mathematics education is an important concern in the history of the present. Since there is no doubt about the significant role of mathematics in almost every aspect of life, it means that all individuals regardless of sex, in any age range, and in whatever context need to be provided with an opportunity to become mathematically able. 


The publication of this Springer volume on equity in mathematics education is situated at a time when there is strong and sustained research evidence indicating the persistence of an equity gap in mathematics, which has now enabled the mathematics education community to engage in a discourse of access for all.  The research studies that are reported and discussed in the volume have been drawn from an international group of distinguished scholars whose impressive, forward-looking, and thought-provoking perspectives on relevant issues incite, broaden, and expand complicated conversations on how we might effectively achieve equity in mathematics education at the local, institutional, and systemic levels. Further, the up-to-date research knowledge in the field that is reflected in this volume provides conceptual and practical outlines for mechanisms of change, including models, examples, and usable theories that can inform the development of powerful equitable practices and the mobilization of meaningful equity interventions in different contexts of mathematics education.​



PISA Mathematics Teaching and Learning Strategies in PISA (Free e-book)


Mathematics Teaching and Learning Strategies in PISA uses data from the PISA 2003 assessment to examine the relationships between teaching strategies, student learning strategies and mathematics achievement. The report aims to identify instructional practices and learning strategies that contribute to increased achievement in mathematics and general knowledge. It then explains how these strategies may be related to different countries’ school system structures. This report offers policy insights and stimulates new research to complement and further develop the recent OECD Teaching and Learning International Survey (TALIS) and the upcoming PISA 2012 assessment, which will again focus on mathematics. In addition, this report may be of interest to teachers, educators and officials within national and local educational authorities responsible for the professional development of teachers or for programme development, as well as members of school boards and parent advisory bodies.

Teaching Secondary Mathematics with ICT


This is a book all mathematics teachers and teacher educators should read! It brings together a wealth of insights from a range of authors... The major issues confronting teachers of mathematics who wish to use ICT in different domains of mathematics are addressed in a clear and accessible way." Professor Celia Hoyles OBE, Dean of Research and Consultancy, Institute of Education, University of London Teaching Secondary Mathematics with ICT shows the reader how to use Information and Communication Technology (ICT) effectively to enhance the teaching of mathematics in the secondary school. The book explains which forms of technology can be used to improve mathematics teaching and learning, how to get started and where to go for further information. The first two chapters provide a useful introduction for those new to teaching mathematics with ICT. Further chapters cover topics including: ICT and the curriculum: number, algebra, geometry and statistics Making use of interactive whiteboards in the classroom Using the internet and video-conferencing to enhance teaching The book includes practical classroom scenarios and case studies (for example, the government-funded MathsAlive! Initiative), as well as discussions of general issues, such as the role of feedback and the use of ICT in whole-class teaching. It draws on current research and is supplemented by a linked web site, which provides access to demonstration copies of software and sample files. It also includes a directory of resources with lists of organisations, web sites, projects and further reading. Key reading for Education students specialising in Mathematics and all those teaching secondary mathematics, including non-specialists and those on professional development courses.

You also can visit the text-supporting website: www.openup.co.uk/jwp



Five Standards for Effective Teaching: How to Succeed with All Learners

This book focuses on five essential pedagogy standards for guiding teaching practice in classrooms with diverse students, including English learners. Providing key indicators for each standard along with the theoretical rationale and "best practice" strategies, the book offers teachers invaluable guidance for enhancing language, literacy, thinking, and content learning across the curricula. It also provides advice on creating classroom groupings for differentiating lessons and activities and includes extensive examples of practices from real-life classrooms. 


Dalton, S. S. (2008). Five standards for effective teaching: How to 

succeed with all learners, grades 
K-8. San Francisco: Jossey-Bass, A Wiley Imprint.


Pendidikan Untuk Semua

Pendidikan Untuk Semua

Akses kepada pendidikan merangkumi peluang-peluang pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tertiari. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, peningkatan kemudahan asas, infrastruktur dan kemudahan fizikal harus dilakukan secara menyeluruh dan berterusan.

Secara keseluruhan, pembangunan pendidikan dalam tempoh 50 tahun merdeka telah berjaya mencapai banyak kemajuan, khususnya dalam penyediaan infrastruktur, penawaran kurikulum, dan latihan perguruan. 

Pembangunan tersebut memberi tumpuan kepada akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan, dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang pesat, terutamanya bagi memenuhi keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan tuntutan globalisasi terhadap peluasan akses kepada pendidikan tinggi.

SKPM Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan

SKPM Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan


Berdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model yang lain, JNJK telah menggubal SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) sebagai rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia, yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai iaitu:


Standard 1 : Kepimpinan dan Hala Tuju
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid
Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran
Standard 5 : Kemenjadian Murid


Saya ingin memfokuskan kepada Standard 4 iaitu piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi. Sekira para guru mempraktikan aspek-aspek yang diperincikan ini, pasti dapat meningkatkan kualiti seseorang guru.



i-Think pupuk kemahiran berfikir aras tinggi

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130218/pe_03/i-Think-pupuk-kemahiran-berfikir-aras-tinggi

Program i-THINK (THINKING SCHOOL) Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. 

Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. 


Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. 


Bagaimana Program i-Think dilaksanakan Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts. 


Apakah yang diharapkan dari Program i-Think? • Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. • Aktiviti banyak berpusatkan murid. • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran. • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator. Lapan Peta pemikiran: 1. Peta Bulatan 2. Peta Buih 3. Peta Buih Berganda 4. Peta Dakap 5. Peta Pokok6 6. Peta Alir 7. Peta Pelbagai Alir 8. Peta Titi




10 Cara Kreatif Untuk Mengajar Matematik

http://moochuinhui.blogspot.com/2011/10/10-cara-kreatif-untuk-mengajar_2675.html

Malaysia seperti mana juga negara-negara lain sentiasa membuat perubahan kepada sistem pendidikannya supaya berjaya melahirkan generasi yang berupaya bersaing di pentas dunia. Dalam

proses menyeberangi zaman industri kepada zaman maklumat ini, sistem pendidikan kita sedang menyaksikan perubahan pada beberapa aspek dalam amalan pengajaran. Sekiranya dahulu guru dilihat sebagai pembekal maklumat, sekarang guru diminta membekalkan pelajar dengan tugasan yang mencabar yang memerlukan mereka menjalankan penyiasatan serta menganalisis data dan keputusan.


Guru umpama arkitek dan pengunis yang berpcngalaman dalam proses pengajaran. Pengajaran dahulu juga banyak disertai dengan penyoalan oleh guru tetapi soalan-soalan hanya setakat memanggil semula maklumat iaitu yang berada pada aras rendah.


Kurikulum matematik sekarang diberi nafas baru di mana pendekatan kepada pengajaran adalah yang menggunakan inkuiri, pendekatan pengajaran pembelajaran yang berasaskan fahaman konstruktivis.Justeru itu, penyoalan oleh guru masih relevan tetapi jenis soalan yang digunakan adalah yang berada pada aras yang tinggi yang mampu merangsang penaakulan saintifik yang dinamis. Tetapi mungkin perubahan yang nyata dapat dilihat terletak pada penggunaan sumber pendidikan iaitu terdapat perubahan daripada penggunaan media cetak kepada sumber multimedia khususnya teknologi yang berasaskan komputer.

Tuesday, July 29, 2014

108,000 kanak-kanak tercicir 2013

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140212/dn_03/108000-kanak-kanak-tercicir-2013

Menurut laporan, kira-kira 3.6 peratus atau 108,000 daripada tiga juta orang kanak-kanak yang sepatutnya mengikuti pendidikan rendah di negara ini didapati tidak bersekolah.Antara punca utama kes keciciran murid itu ialah faktor kemiskinan keluarga dan tidak mampu mengikuti pembelajaran dalam kelas.

Di Malaysia, penyertaan kanak-kanak dalam pendidikan rendah telah meningkat daripada 94.3 peratus pada 2009 kepada 94.7 peratus (2010) dan terus meningkat kepada 96.4 peratus (2012) iaitu peningkatan sebanyak 2.1 peratus dalam masa tiga tahun.

Kini, cabaran kita adalah untuk memastikan 3.6 peratus kanak-kanak yang masih tidak ke sekolah itu diberikan peluang pendidikan.  sasaran negara adalah semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan pada 2020.

Oleh yang demikan, fokus dan tumpuan harus diberikan kepada  pelajar daripada keluarga miskin agar matlamat itu tercapai.
   
Program-program membantu keluarga miskin harus diperluaskan supaya pelajar yang memerlukan bantuan dan bimbingan khusus mendapat pembelaan sewajarnya.


Pengintegrasian ICT dalam P&P

Pengintegrasian ICT dalam P&P

Dalam proses pengaplikasian pula terdapat dua kumpulan guru yang perlu diambil kira iaitu guru-guru yang sedia mengajar di sekolah dan juga bakal-bakal guru yang sedang mengikuti program-program pendidikan di institusi pengajian tinggi.


Bagi guru-guru sedia ada di sekolah beberapa program atau kursus dalam perkhidmatan boleh diadakan untuk membantu mereka, terutamanya yang kurang berkemahiran, mempelajari dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran. Manakala bakal-bakal guru, proses peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam pengajaran pembelajaran boleh diberikan semasa mereka mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. 

Selain dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang mata pelajaran, mereka akan dapat menggunakan ICT sebagai alatan pengajaran mereka apabila mereka mengajar kelak.

Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah

http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab%201.pdf

Kajian menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. 

Pada pandangan saya, latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan. Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting dalam pengajaran guru. 

How To Overcome Math Anxiety

How To Overcome Math Anxiety

Ten Ways to Reduce Math Anxiety
1.Learn stress management and relaxation techniques.
2.Combat negative thinking.
3.Visualize yourself succeeding.
4.Do “easiest” problems first.
5.Channel your stress into something else.
6.Start preparing early.
7.Take care of yourself.
8.Try to understand the “why” of math concepts rather than memorizing.
9.Find a support group.
10.Reward yourself for hard work.

What Is Math Anxiety and How To Spot It.


Most students experience a certain degree of math anxiety at some point during their school careers.

Symptoms of math anxiety:
1.Nervousness
2.Loosing short term memory
3.Basic algebra disappeared
4.Confidence goes
5.Can't focus

In my opinion, since math anxiety does produce real symptoms and emotions within people, it is important for parents to distinguish these characteristics within their children when they happen and to recognize their child is experiencing math anxiety.

Dedah laporan pencapaian murid merosot

Dedah laporan pencapaian murid merosot

Menurut laporan, kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46 buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat yang ke-20.

Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003.

Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia (512)

Lebih menggusarkan, keputusan ujian antarabangsa itu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Malaysia terus-menerus merosot, terutamanya sejak satu setengah dekad yang lalu memandangkan jumlah pelajar yang mencapai “Advanced International Benchmark” TIMSS dalam ujian matematik telah merosot dengan banyak dari 10% pada tahun 1999 ke 2% pada tahun 2011, sedangkan peratusan pelajar-pelajar cemerlang dari negara di tangga atas TIMSS semakin meningkat, misalnya peratus pelajar cemerlang Taiwan meningkat dari 37% pada tahun 1999 ke 49% pada tahun 2011; Singapura dari 42% ke 48%; Korea Selatan dari 32% ke 47% dan Hong Kong dari 28% ke 34%. 

Pada pandangan saya, adalah mengharapkan golongan pemerintah dan cendiakawan pendidik dapat berbincang dan duduk bersama untuk merangka pelan pendidikan terbaik negara. Bukannya nak menunjuk kuasa dan ego keras kepala.





Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

Pada pandangan saya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer akan menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.

Guru perlu memastikan mereka berkemampuan mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran mereka. Namun begitu apa yang jelas terdapat dua perkara berkaitan yang mempengaruhi kejayaan penggunaan ICT dalam pendidikan iaitu aspek guru dan aspek perkakasan (kemudahan dan kebolehcapaian). 

Aspek guru meliputi perkara-perkara seperti pengetahuan dan kemahiran ICT, minat yang tinggi dalam ICT dan sikap yang positif terhadap ICT. Manakala aspek perkakasan meliputi perkara-perkara seperti kemudahan dan kebolehcapaian ICT di sekolah,kekerapan penggunaan dan pengaplikasian. Kedua-dua faktor ini merupakan faktor yang saling berkait.



Monday, July 28, 2014

IPGM medan persiapkan bakal guru

IPGM medan persiapkan bakal guru

Pada pendapat saya, IPGM menjadi rebutan bakal guru mungkin kerana menjanjikan pekerjaan sejurus selepas habis belajar, terus saja dihantar posting...

kemudian, dapat elaun setiap bulan..elaun bulanan, elaun buku, elaun PBS, elaun praktikum...


Walaubagaimanapun, IPTA dan IPGM sebenarnya kedua-dua merupakan  tempat yang baik untuk persiapkan bakal guru bergantung kepada individu sendiri sama ada berhasrat memilih profesion perguruan sebagai kerjayanya.





Thursday, July 24, 2014

Pendidikan Guru Di Malaysia

Pendidikan Guru di Malaysia

Pendidikan Guru di Malaysia secara umumnya terbahagi kepada IPGM dan IPTA. Bagi mereka yang berhasrat menjadi guru sekolah rendah, IPGM merupakan saluran terbaik untuk melatih para bakal guru sekolah rendah manakala bagi sesiapa yang ingin menjadi guru sekolah menengah pula, IPTA merupakan tempat yang sesuai.


Di IPGM, proses pembelajaran dan pengajaran antara pensyarah lebih bersifatkan 'buat dan ikut' di mana pensyarah akan menjadi seperti guru dan kami seperti murid ( do as I do ). Bakal guru dipaksa berhimpun tepat jam 7:30 pagi tiap- tiap hari menyanyikan lagu lagu ( seperti pelajar sekolah ) dan pakaian mereka akan diperiksa ( kain dalam, kasut. tudung,jenis baju , rambut ) oleh pensyarah seperti pengawas di sekolah. 


Universiti pula.. lebih kepada kuliah-kuliah dan kuliah. Pelajar jauh dari pensyarah.. lebih bersifatkan 'buat apa yang diajar' ( do as I say ).. Bakal guru lebih berupa pelajar universiti dan tidak kelihatan seperti pelatih perguruan.

Monday, July 21, 2014

Culture of studying in South Korea

http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/world_news_america/8605789.stm


Sistem pendidikan di Korea lebih bersifat seolah 'torture' secara keseluruhannya. Namun ia perlu dilihat dari aspek budaya orang Korea sendiri yang mementingkan disiplin dan kerja keras. 'Exam-oriented', masa pembelajaran yang panjang, tekanan dari ibu bapa, keputusan yang cemerlang untuk masa depan status sosial & hidup yang lebih tinggi; semua itu menjadi intipati sistem pendidikan di Korea.

Komitmen guru tingkatkan sistem pen didikan

Komitmen guru tingkatkan sistem pendidikan

Pada pandangan saya, guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia harus  bertanggungjawab menghasilkan guru berkualiti dan kerana guru berkualiti menjamin ‘kemenjadian’ pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.

Justeru itu, pelancaran buku Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei 2009 ini amat penting dalam memenuhi tuntutan kualiti berkenaan.

SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pegangan bagi guru iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. 

Sunday, July 20, 2014

Why do Finland's schools get the best results?

http://news.bbc.co.uk/2/hi/8601207.stm

Petikan artikel dari BBC World News- Mengapa sekolah di Finland mendapat keputusan yang terbaik?


Pendekatan pembelajaran di Finland lebih bersifat pembinaan karakter. mereka mengambil kira dari sudut psikologi peningkatan umur seorang kanak-kanak. Tambahan pula mereka menyokong sistem pelajaran bukan oleh pihak sekolah sahaja tetapi ibubapa turut terlibat. 



Mengambilkira bahasa Finnish sebagai bahasa perantara, tidak mengejutkan pada usia 13 tahun pelajar mereka cukup mahir dalam bahasa Inggeris dan sudah menguasai bahasa ketiga seperti Perancis dan German.

Sekolah pula tidak bersaing sesama sendiri untuk menetapkan sekolah yang terbaik. Ini bermakna semua sekolah mempunya tahap kecemerlangan yang sama. Ini berbeza dengan sistem pendidikan Britain dan US.

Guru merupakan aset yang penting dengan kelayakan tinggi diperlukan untuk menjawat jawatan guru. Ini bermakana mereka yang bijak mendapat peluang menjadi guru. Tambahan pula ia merupakan profesion yang popular di kalangan lepasan universiti.

Walau apapun, sistem pendidikan bukan sesuatu yang boleh bersifat 'copy & paste'. Ia bergantung kepada sosial budaya masyarakat. Namun ciri yang baik boleh diterapkan agar masyarakat dapat manfaat dari sistem yang berkesan di samping mengamalkan nilai agama dan budaya mereka.



Rumusan yang dapat dibuat di sini tentang sistem pendidikan negara Finland adalah :
1. Sistem pendidikan Finland tidak mempunyai ujian penilaian yang tetap. Maksudnya mereka tidak mempunyai ujian piawai seperti SPM, PMR ataupun UPSR yang terdapat di Malaysia.
2. Kebanyakkan guru mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Kelayakkan seorang guru adalah Sarjana. 
3. Pelajar tidak dinilai berasaskan grade sehingga mereka masuk ke gred 8th.
4. Pelajar di Finland tidak diberikan kerja sekolah. Kenapa? Kerana bagi mereka kemahiran itu perlulah dimahirkan di sekolah. Selepas sekolah, adalah untuk aktiviti lain.
5. Mereka mempunyai sukan tetapi tidak mempunyai pasukan. Maksudnya tiada pasukan bola sepak antara sekolah-sekolah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan persaingan.
6. Mereka fokus pada pembangunan individu pelajar. Jika pelajar didapati lemah, pelajar tersebut akan diserahkan kepada guru yang lebihmahir.
7. Cikgu-cikgu di Finland juga tidak diugut untuk dibuang. Mereka yang dikatakan teruk akan diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran.
8. Tiada sekolah swasta di Finland, kerana bagi mereka semua orang berhak mendapat peluang yang sama.

Pengurusan kurikulum yang berkesan

Pengurusan kurikulum yang berkesan

Pada pandangan saya, pengurusan kurikulum hendaklah dijadikan oleh pengetua dan guru besar sebagai agenda utama dalam aktiviti hariannya di sekolah. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. 

Keperluan mendapatkan maklumat peningkatan pencapaian akademik pelajar dan aktiviti pemantauan kepada pengajaran guru perlu diberi keutamaan oleh pengetua dan guru besar dalam melaksanakan tugasan hariannya. 


Dengan adanya maklumat dan data yang lengkap akan memudahkan pengetua dan guru besar merancang, melaksana dan menilai program serta aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar. Ini akan membolehkan mereka menjadi pengurus kurikulum berkesan yang dikagumi oleh semua guru dan pelajar.

Thursday, July 17, 2014

Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan

Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan

Soalan yang sering ditanya mengapakah KSSR ini diperkenalkan? Jawapannya, KSSR bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif dan memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Pendidikan dilihat sebagai wahana yang dapat melahirkan insan dan warga yang berketrampilan, berkemahiran dan sedia menghadapi cabaran masa depan termasuk di peringkat global. Ini bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju dan menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Pada pendapat saya, untuk memastikan kurikulum ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan maka ibu bapa perlu diberi kefahaman tentang perubahan tersebut. Sekurang-kurangnya melalui kefahaman itu akan dapat membantu dan membimbing anak-anak mereka ketika berada di rumah.

Perubahan ini juga adalah sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelaksanaan KSSR akan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa depan. Walaupun guru memainkan peranan penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan namun kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak.


Wednesday, July 16, 2014

Pencapaian Matematik, Sains antara jantina seimbang

Pencapaian Matematik, Sains antara jantina seimbang

Penguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan.

Menerusi  kajian Third International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dianjurkan oleh The International Association for the Educational Achievement (IEA) mendapati Pencapaian skor purata Matematik pelajar perempuan lebih sedikit berbanding lelaki. Kajian diuruskan oleh The International Study Center in the Lynch School of Education, Boston College.

Statistik kajian menunjukkan skor purata pencapaian Matematik pelajar perempuan ialah 521 berbanding 517 lelaki - satu perbezaan yang tidak begitu ketara.


Hakikatnya, masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik antara dua gender itu sudah berlaku sejak 1960-an termasuk di negara maju.

Ini berkait rapat dengan nilai etika dan budaya. Lelaki sering ditafsirkan sebagai golongan yang banyak memikul tanggungjawab dan melihat proses pembelajaran itu lebih bersifat fizikal.

Perempuan pula melihat proses pembelajaran itu seperti satu seni dan perlu dilakukan atas dasar tanggungjawab.

Kontra itu menjadikan pelajar lelaki menganggap belajar skopnya sangat meluas bukan sekadar akademik semata-mata sedangkan pelajar perempuan sebaliknya.

Di negara maju, mereka turut berdepan dilema ini. Pelajar lelaki banyak yang tercicir dalam akademik tapi akhirnya menjadi insan berjaya.

Nama-nama seperti Bill Gates tidak cemerlang dalam akademik tapi menggunakan kepandaian lain untuk berjaya.

Ini juga panduan yang baik supaya ibu bapa tidak terlalu gusar dan tertekan jika anak tidak terarah kepada akademik, sebaliknya subjek berbentuk teknikal.




Wednesday, July 9, 2014

Pupuk budaya inovasi di sekolah

http://www.tutor.com.my/info.php?id=1278

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki sumber-sumber alam semula jadi yang begitu banyak dan belum dieksploitasi sepenuhnya. Sumber-sumber asli yang banyak ini akan lebih memberi manfaat dan bermakna kepada negara sekiranya ia dieksploitasi sepenuhnya oleh anak watan.

Sejarah membuktikan kepada kita betapa sumber-sumber asli seperti bijih timah, emas, bauksit, getah dan sebagainya dikuras sepenuhnya oleh penjajah
iaitu Inggeris. Tanah Melayu pada ketika itu tidak memiliki pengetahuan, budaya sains dan teknologi mahupun daya sumber manusia yang terdidik bagi mengeksploitasi sumber-sumber yang ada. Hanya selepas 1970-an, barulah Malaysia mula bergerak sebagai sebuah negara bebas yang memiliki iltizam bagi membangun dan maju.

Tegasnya, Malaysia begitu jauh tertinggal dalam banyak perkara khususnya yang berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Lihatlah Jepun! Bagaimana sehuah negara yang tidak memiliki sumber-sumber asli seperti kita tetapi dapat menjadi sebuah negara yang digeruni oleh Barat khususnya dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Jepun berjaya melahirkan individu yang memiliki bakat kreatif yang tinggi seperti Sochiro Honda, Masaru Ibuka, Akio Morita dan Yoshiro Nakamatsu.

Walaupun reformasi pendidikan negara kita menyarankan pentingnya membangunkan pelajar yang dapat bcrfikir; namun setakat ini masih tidak terdapat tanda-tanda jelas wujudnya budaya kreativiti dan inovasi yang menyeluruh pada peringkat nasional.

Kesedaran yang lewat ini, berlaku akibat daripada penekanan sistem pendidikan yang lebih mementingkan 'kebolehan berfikir' , tetapi kurang penekanan diberikan kepada kebolehan reka cipta dan eksperimentasi.


Levitt (2003) menyatakan, "Ideas are useless unless uscd. The proof of their value is their implementation. Until then they are in limbo". Oleh yang demikian, kebolehan berfikir ini hanya mampu menerbitkan individu ataupun masyarakat yang berfikiran kreatif secara konseptual, tetapi tidak dapat melahirkan individu dan masyarakat yang memiliki kebolehan inventif dan inovatif. 

Galak budaya kreatif warga pendidik

Galak budaya kreatif warga pendidik

Kita sering dengar budaya membaca, budaya ilmu, budaya sains dan budaya sastera. Kita jarang mendengar budaya kreativiti dan inovasi. Ramai di antara kita beranggapan kreativiti dan inovasi milik saintis dan individu yang memiliki ijazah tinggi dalam bidang sains dan teknikal. Menurut inventor terhebat dunia, Dr. Yoshiro Yakamatsu, bagi menjadi sebuah negara kreatif, organisasi kreatif dan individu kreatif, budaya kreativiti dan inovasi harus dipupuk dan diberi penekanan pada pelbagai peringkat. Menurut Vamce dan Deacon (1995); "Invention, innovation and originality are the lifeblood of any company, organitation or goverrnment". Jadi budaya kreativiti dan inovasi ini harus dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

Bahasa Inggeris bukan jaminan kejayaan

Bahasa Inggeris bukan jaminan kejayaan

Pada pendapat saya, untuk guru-guru sains, keupayaan utama terletak bukan pada kebolehan mengendalikan sains ataupun menunjukkan pelajar bagaimana mengendalikan sains tetapi dalam kebolehan mereka menerangkan sesuatu subjek yang kompleks dan menakjubkan ini. Salah satu kecekapan mengajar adalah kebolehan menerangkan idea-idea sains kepada pelajar.

Kecekapan dalam penerangan merangkumi bukan sahaja dalam kebolehan menyampai idea-idea saintifik yang susah dengan tidak mengubah maknanya, tetapi termasuk juga meluangkan masa membincangkan makna perkataan-perkataan tersebut. Guru-guru perlu memperuntukkan masa khas untuk tujuan ini, pendek kata, untuk kerja-kerja perbendaharaan kata.

Ternyata guru sains mempunyai sesuatu tugas yang berat mendidik pelajar-pelajar sains. Guru tersebut perlu fasih dalam bahasa sains dalam menyampai isi kandungan sains sambil menentukan pelajar-pelajar memahami konsep-konsepnya.

Ini menjadi lebih mudah jika guru itu biasa dengan bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar sains kerana guru ini hanya perlu memberi fokus kepada satu aspek iaitu bahasa sains.

Jikalau seseorang guru tidak biasa dengan bahasa pengantar yang digunakan, tugasnya akan menjadi lebih mencabar kerana guru tersebut terpaksa memfokus kepada dua aspek, iaitu terpaksa menangani bahasa pengantar tersebut serta bahasa sains itu sendiri.

Inilah senario yang kini dialami guru-guru sains di Malaysia.Kebanyakan guru-guru tersebut telah menggunakan bahasa Melayu semasa persekolahan dan juga semasa mengajar sains. Kini, mereka diperlukan mengajar sains dalam bahasa Inggeris.

Perubahan dalam bahasa pengantar telah menjadi suatu masalah dan cabaran kepada guru-guru kerana mereka sendiri masih terkapai-kapai dalam menguasai bahasa Inggeris.


Sains, Matematik boleh dikuasai dalam apa-apa bahasa pengantar

Sains, Matematik boleh dikuasai dalam apa-apa bahasa pengantar

Pada pandangan saya, kejayaan pembudayaan Sains dan Matematik tidak bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris.Pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak dasar pendidikan beraliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah melahirkan ahli sains dan jurutera yang berwibawa dan berjaya.

Kedua, prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa ibunda lebih cemerlang.

Para sarjana Dunia telah memberitahu bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkal awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui olch UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.


Banyak kajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Inggeris menurun berbanding dengan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Melayu dahulu itu.

Lupakan PPSMI, gerakkan MBMMBI

Lupakan PPSMI, gerakkan MBMMBI

Pada pendapat saya, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu telah dibuat dengan mengejut tanpa perbincangan yang mendalam dengan semua pihak yang ahli dalam bidang pendidikan sains dan matematik dalam bahasa ibunda.

Akibatnya pelaksanaan dasar ini telah menimbulkan banyak masalah. terutama masalah beratus ribu murid, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar tidak memahami sains dan matematik kerana mata pelajaran ini diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham dan masalah guru yang juga tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk mengajarkan mata pelajaran ini dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Murid yang dipaksa belajar melalui bahasa kedua sebagai bahasa
pengantar terpaksa menggunakan kemahiran kognitif akademik yang
lemah.

Kementerian Pelajaran hendaklah bersifat terbuka,mendengar segala
pandangan dan kritikan yang berasaskan pertimbangan dan kajian
yang bebas dan tidak berdasarkan hasil dan statistik yang diperolehi
dari kajian yang tidak bebas, yang selektif dan yang boleh
dimanipulasi untuk kepentingan pihak yang membuat dasar.

Muhyiddin Launches Malaysian Teacher Standard Document

http://education.bernama.com/index.php?sid=news_content&id=459375


Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan beberapa rasional. 


Pertama, guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. 


Kedua,agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap. Ketiga, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase dan yang terakhir, Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysia Qualification Framework (QMF).



Standard Guru Malaysia digubal bertujuan untuk mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguiuan.


Selain itu, ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru. Standrd ini juga akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembagunan pendidikan guru. 

Pada pandangan saya, Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak guru, pendidik guru di institusi latihan perguruan, pengurus dan pentadbir institusi perguruan, guru besar dan pengetua sekolah, serta agensi latihan perguruan.

Prestasi pendidikan kita merosot?

Prestasi pendidikan kita merosot?

Baru-baru ini pula Laporan Bank Dunia menyatakan prestasi pelajar merosot akibat sistem pendidikan kita yang terlalu berpusat.

Pada pandangan saya, persampelan kedua-dua kajian PISA dan TIMMS tersebut adalah terlalu kecil jika dibandingkan bilangan sekolah yang berjumlah 10,000 buah dan pelajarnya mencecah hampir 5.4 juta orang. Tambahan pula kita mempunyai berbagai jenis sekolah dan kedudukan lokaliti yang berbeza di seluruh negara.

Dalam situasi lain perbandingan pencapaian pendidikan antara sebuah negara dengan negara lain boleh dipersoalkan kerana setiap negara mempunyai dasar dan matlamat pendidikannya yang berbeza dan tersendiri.


Cabaran pelajar sabah sarawak jadi tumpuan kementerian pendidikan

http://www.astroawani.com/news/show/cabaran-pelajar-sabah-sarawak-jadi-tumpuan-kementerian-pendidikan-393

Pada pandangan saya, pihak kementerian harus terus memantau untuk mencari jalan penyelesaian terbaik yang dapat membantu pelajar-pelajar pedalaman Sabah dan Sarawak mendapatkan pendidikan kerana konsep KPM adalah menyediakan pendidikan untuk semua dan tiada siapa yang terpinggir.

Menurut laporan, terdapat pelajar-pelajar yang berada di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak terpaksa berdepan cabaran berjalan kaki antara tiga hingga enam jam sehari untuk ke sekolah.

Mereka juga berdepan bahaya kerana terpaksa melalui hutan tebal, jambatan gantung, sungai dan sebagainya.

Selain faktor jarak, kemudahan yang tidak cukup dan bangunan usang turut membelenggu mereka.


PBS, PT3 asuh pelajar berbincang, berfikir lebih kreatif

PBS, PT3 asuh pelajar berbincang, berfikir lebih kreatif

Sistem pendidikan kita sering dikritik kononnya tidak cukup bagus berbanding negara jiran, Singapura dan Indonesia dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kritis. Adakah PBS jawapannya?

Kenapa perlu perkenal PBS? Ada mana-mana negara yang sudah melaksanakan PBS dan bukan peperiksaan bersepadu seperti sebelum ini?

Laporan yang dipautkan ini memberikan jawapan kepada kita bahawa melalui PBS dapat melahirkan para pelajar yang berfikir, proaktif dan kreatif disebabkan dahulu pelajar-pelajar kurang berfikir apabila mereka lebih banyak meneka jawapan. 


Mereka hanya perlu menanda jawapan peperiksaan yang dilihat tidak menggalakkan mereka berfikir. Sebagai contoh, dalam PBS ini, akan menggalakkan para pelajar untuk berbincang. Jadi, jika hendak berbincang mereka perlu ada ilmu pengetahuan dan nak dapat pengetahuan itu pula mereka perlu mencarinya. Jadi, PBS mempunyai semua perkara itu.




Guru perlu kuasai tiga elemen

Guru perlu kuasai tiga elemen


Setiap  guru perlu menguasai tiga ele­men iaitu komited, sedia berkorban serta mengamalkan perkongsian intelektual jika mahu menjadi seorang pendidik yang cemerlang.


Pada pandangan saya, selain tiga elemen yang disebut di atas, guru juga perlu mengetahui dengan luas dan mendalam mengenai mata pelajaran yang hendak diajar kerana sebarang kekurangan penguasaan melunturkan keyakinan pada diri sendiri. Hal ini seterusnya menghilangkan kepercayaan pelajar pada guru itu.


Sebaliknya guru yang benar-benar menguasai mata pelajaran yang diajarnya serta menyampaikannya dengan efektif dikatakan meningkatkan keyakinan diri pelajar dan juga diri sendiri.


Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan pembentukan kepemimpinan guru mesti memahami pelajar yang diajarnya.

Guru itu perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap tentang fizikal dan juga psikologi pelajar. Malah, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang teori pedagogi dan endragogi supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan pada pelajar dengan berkesan.