Pelan
PPPM menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang.
Fasa Gelombang Pertama (2013-2015), fokus adalah kepada peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah dan kepimpinan di sekolah.
Laporan turut berkisar tentang akses dalam pendidikan termasuk peningkatan murid di peringkat prasekolah, peningkatan kemasukan di kolej vokasional, perluasan bilangan sekolah agama, sekolah seni, sekolah sukan, sekolah hospital dan sekolah integrasi.
Juga ditumpukan adalah soal perpaduan melalui kokurikulum dan sukan, prestasi peperiksaan awam, kemahiran berfikir aras tinggi, penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris di samping penglibatan ibu bapa dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment