Wednesday, July 9, 2014

Pupuk budaya inovasi di sekolah

http://www.tutor.com.my/info.php?id=1278

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki sumber-sumber alam semula jadi yang begitu banyak dan belum dieksploitasi sepenuhnya. Sumber-sumber asli yang banyak ini akan lebih memberi manfaat dan bermakna kepada negara sekiranya ia dieksploitasi sepenuhnya oleh anak watan.

Sejarah membuktikan kepada kita betapa sumber-sumber asli seperti bijih timah, emas, bauksit, getah dan sebagainya dikuras sepenuhnya oleh penjajah
iaitu Inggeris. Tanah Melayu pada ketika itu tidak memiliki pengetahuan, budaya sains dan teknologi mahupun daya sumber manusia yang terdidik bagi mengeksploitasi sumber-sumber yang ada. Hanya selepas 1970-an, barulah Malaysia mula bergerak sebagai sebuah negara bebas yang memiliki iltizam bagi membangun dan maju.

Tegasnya, Malaysia begitu jauh tertinggal dalam banyak perkara khususnya yang berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Lihatlah Jepun! Bagaimana sehuah negara yang tidak memiliki sumber-sumber asli seperti kita tetapi dapat menjadi sebuah negara yang digeruni oleh Barat khususnya dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Jepun berjaya melahirkan individu yang memiliki bakat kreatif yang tinggi seperti Sochiro Honda, Masaru Ibuka, Akio Morita dan Yoshiro Nakamatsu.

Walaupun reformasi pendidikan negara kita menyarankan pentingnya membangunkan pelajar yang dapat bcrfikir; namun setakat ini masih tidak terdapat tanda-tanda jelas wujudnya budaya kreativiti dan inovasi yang menyeluruh pada peringkat nasional.

Kesedaran yang lewat ini, berlaku akibat daripada penekanan sistem pendidikan yang lebih mementingkan 'kebolehan berfikir' , tetapi kurang penekanan diberikan kepada kebolehan reka cipta dan eksperimentasi.


Levitt (2003) menyatakan, "Ideas are useless unless uscd. The proof of their value is their implementation. Until then they are in limbo". Oleh yang demikian, kebolehan berfikir ini hanya mampu menerbitkan individu ataupun masyarakat yang berfikiran kreatif secara konseptual, tetapi tidak dapat melahirkan individu dan masyarakat yang memiliki kebolehan inventif dan inovatif. 

No comments:

Post a Comment