http://www.astroawani.com/news/show/cabaran-pelajar-sabah-sarawak-jadi-tumpuan-kementerian-pendidikan-393
Pada pandangan saya, pihak kementerian harus terus memantau untuk mencari jalan penyelesaian terbaik yang dapat membantu pelajar-pelajar pedalaman Sabah dan Sarawak mendapatkan pendidikan kerana konsep KPM adalah menyediakan pendidikan untuk semua dan tiada siapa yang terpinggir.
Menurut laporan, terdapat pelajar-pelajar yang berada di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak terpaksa berdepan cabaran berjalan kaki antara tiga hingga enam jam sehari untuk ke sekolah.
Mereka juga berdepan bahaya kerana terpaksa melalui hutan tebal, jambatan gantung, sungai dan sebagainya.
Selain faktor jarak, kemudahan yang tidak cukup dan bangunan usang turut membelenggu mereka.
No comments:
Post a Comment