Dalam proses pengaplikasian pula terdapat dua kumpulan guru yang perlu diambil kira iaitu guru-guru yang sedia mengajar di sekolah dan juga bakal-bakal guru yang sedang mengikuti program-program pendidikan di institusi pengajian tinggi.
Bagi guru-guru sedia ada di sekolah beberapa program atau kursus dalam perkhidmatan boleh diadakan untuk membantu mereka, terutamanya yang kurang berkemahiran, mempelajari dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran. Manakala bakal-bakal guru, proses peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam pengajaran pembelajaran boleh diberikan semasa mereka mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing.
Selain dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang mata pelajaran, mereka akan dapat menggunakan ICT sebagai alatan pengajaran mereka apabila mereka mengajar kelak.
No comments:
Post a Comment