Wednesday, July 9, 2014

Lupakan PPSMI, gerakkan MBMMBI

Lupakan PPSMI, gerakkan MBMMBI

Pada pendapat saya, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu telah dibuat dengan mengejut tanpa perbincangan yang mendalam dengan semua pihak yang ahli dalam bidang pendidikan sains dan matematik dalam bahasa ibunda.

Akibatnya pelaksanaan dasar ini telah menimbulkan banyak masalah. terutama masalah beratus ribu murid, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar tidak memahami sains dan matematik kerana mata pelajaran ini diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham dan masalah guru yang juga tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk mengajarkan mata pelajaran ini dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Murid yang dipaksa belajar melalui bahasa kedua sebagai bahasa
pengantar terpaksa menggunakan kemahiran kognitif akademik yang
lemah.

Kementerian Pelajaran hendaklah bersifat terbuka,mendengar segala
pandangan dan kritikan yang berasaskan pertimbangan dan kajian
yang bebas dan tidak berdasarkan hasil dan statistik yang diperolehi
dari kajian yang tidak bebas, yang selektif dan yang boleh
dimanipulasi untuk kepentingan pihak yang membuat dasar.

No comments:

Post a Comment