Wednesday, July 30, 2014

Pendidikan Untuk Semua

Pendidikan Untuk Semua

Akses kepada pendidikan merangkumi peluang-peluang pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tertiari. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, peningkatan kemudahan asas, infrastruktur dan kemudahan fizikal harus dilakukan secara menyeluruh dan berterusan.

Secara keseluruhan, pembangunan pendidikan dalam tempoh 50 tahun merdeka telah berjaya mencapai banyak kemajuan, khususnya dalam penyediaan infrastruktur, penawaran kurikulum, dan latihan perguruan. 

Pembangunan tersebut memberi tumpuan kepada akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan, dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang pesat, terutamanya bagi memenuhi keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan tuntutan globalisasi terhadap peluasan akses kepada pendidikan tinggi.

No comments:

Post a Comment