Penguasaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan.
Menerusi kajian Third International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dianjurkan oleh The International Association for the Educational Achievement (IEA) mendapati Pencapaian skor purata Matematik pelajar perempuan lebih sedikit berbanding lelaki. Kajian diuruskan oleh The International Study Center in the Lynch School of Education, Boston College.
Statistik kajian menunjukkan skor purata pencapaian Matematik pelajar perempuan ialah 521 berbanding 517 lelaki - satu perbezaan yang tidak begitu ketara.
Hakikatnya, masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik antara dua gender itu sudah berlaku sejak 1960-an termasuk di negara maju.
Ini berkait rapat dengan nilai etika dan budaya. Lelaki sering ditafsirkan sebagai golongan yang banyak memikul tanggungjawab dan melihat proses pembelajaran itu lebih bersifat fizikal.
Perempuan pula melihat proses pembelajaran itu seperti satu seni dan perlu dilakukan atas dasar tanggungjawab.
Kontra itu menjadikan pelajar lelaki menganggap belajar skopnya sangat meluas bukan sekadar akademik semata-mata sedangkan pelajar perempuan sebaliknya.
Di negara maju, mereka turut berdepan dilema ini. Pelajar lelaki banyak yang tercicir dalam akademik tapi akhirnya menjadi insan berjaya.
Nama-nama seperti Bill Gates tidak cemerlang dalam akademik tapi menggunakan kepandaian lain untuk berjaya.
Ini juga panduan yang baik supaya ibu bapa tidak terlalu gusar dan tertekan jika anak tidak terarah kepada akademik, sebaliknya subjek berbentuk teknikal.
No comments:
Post a Comment