Pendidikan Guru di Malaysia secara umumnya terbahagi kepada IPGM dan IPTA. Bagi mereka yang berhasrat menjadi guru sekolah rendah, IPGM merupakan saluran terbaik untuk melatih para bakal guru sekolah rendah manakala bagi sesiapa yang ingin menjadi guru sekolah menengah pula, IPTA merupakan tempat yang sesuai.
Di IPGM, proses pembelajaran dan pengajaran antara pensyarah lebih bersifatkan 'buat dan ikut' di mana pensyarah akan menjadi seperti guru dan kami seperti murid ( do as I do ). Bakal guru dipaksa berhimpun tepat jam 7:30 pagi tiap- tiap hari menyanyikan lagu lagu ( seperti pelajar sekolah ) dan pakaian mereka akan diperiksa ( kain dalam, kasut. tudung,jenis baju , rambut ) oleh pensyarah seperti pengawas di sekolah.
Universiti pula.. lebih kepada kuliah-kuliah dan kuliah. Pelajar jauh dari pensyarah.. lebih bersifatkan 'buat apa yang diajar' ( do as I say ).. Bakal guru lebih berupa pelajar universiti dan tidak kelihatan seperti pelatih perguruan.
No comments:
Post a Comment