Wednesday, July 30, 2014

10 Cara Kreatif Untuk Mengajar Matematik

http://moochuinhui.blogspot.com/2011/10/10-cara-kreatif-untuk-mengajar_2675.html

Malaysia seperti mana juga negara-negara lain sentiasa membuat perubahan kepada sistem pendidikannya supaya berjaya melahirkan generasi yang berupaya bersaing di pentas dunia. Dalam

proses menyeberangi zaman industri kepada zaman maklumat ini, sistem pendidikan kita sedang menyaksikan perubahan pada beberapa aspek dalam amalan pengajaran. Sekiranya dahulu guru dilihat sebagai pembekal maklumat, sekarang guru diminta membekalkan pelajar dengan tugasan yang mencabar yang memerlukan mereka menjalankan penyiasatan serta menganalisis data dan keputusan.


Guru umpama arkitek dan pengunis yang berpcngalaman dalam proses pengajaran. Pengajaran dahulu juga banyak disertai dengan penyoalan oleh guru tetapi soalan-soalan hanya setakat memanggil semula maklumat iaitu yang berada pada aras rendah.


Kurikulum matematik sekarang diberi nafas baru di mana pendekatan kepada pengajaran adalah yang menggunakan inkuiri, pendekatan pengajaran pembelajaran yang berasaskan fahaman konstruktivis.Justeru itu, penyoalan oleh guru masih relevan tetapi jenis soalan yang digunakan adalah yang berada pada aras yang tinggi yang mampu merangsang penaakulan saintifik yang dinamis. Tetapi mungkin perubahan yang nyata dapat dilihat terletak pada penggunaan sumber pendidikan iaitu terdapat perubahan daripada penggunaan media cetak kepada sumber multimedia khususnya teknologi yang berasaskan komputer.

No comments:

Post a Comment