Saturday, May 31, 2014

Mathematics Anxiety / Maths Phobia


  1. Mathematics Anxiety / Maths Phobia
Artikel 1
http://academic.sun.ac.za/mathed/malati/Files/EDUC658.pdf

Salam dan selamat sejahtera

Artikel yang dibaca ini merupakan satu kajian yang memberi tumpuan kepada kebimbangan matematik di  kalangan murid-murid yang  berusia antara sembilan hingga sebelas tahun  dan membandingkan kebimbangan matematik murid  yang diajar dengan cara tradisional dengan murid yang diajar dengan pendekatan yang berpusatkan pelajar dengan menekankan penyelesaian masalah.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi  bagi mereka yang menerima pendedahan pengajaran tradisional  dan sebaliknya kebimbangan matematik yang rendah bagi mereka yang menerima pendekatan yang berpusatkan pelajar.

Pada pendapat saya, punca terjadi kebimbangan matematik bukan sahaja bergantung semata-mata kepada  kedua-dua  pendekatan pengajaran yang dikaji, malah pendekatan pengajaran yang lain juga harus dikaji selidik. Faktor seperti  pengaruh perbezaan umur dan  perbezaan individu serta hubungan antara kebimbangan matematik dan prestasi murid di matematik juga memerlukan penjelasan dengan kajian yang terperinci.


Secara keseluruhan, saya agak bersetuju dengan isi dan dapatan dari artikel ini. Saya sertakan sekali lagi pautan ke artikel ini:

http://academic.sun.ac.za/mathed/malati/Files/EDUC658.pdf