Pada pandangan saya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer akan menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Guru perlu memastikan mereka berkemampuan mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran mereka. Namun begitu apa yang jelas terdapat dua perkara berkaitan yang mempengaruhi kejayaan penggunaan ICT dalam pendidikan iaitu aspek guru dan aspek perkakasan (kemudahan dan kebolehcapaian).
Aspek guru meliputi perkara-perkara seperti pengetahuan dan kemahiran ICT, minat yang tinggi dalam ICT dan sikap yang positif terhadap ICT. Manakala aspek perkakasan meliputi perkara-perkara seperti kemudahan dan kebolehcapaian ICT di sekolah,kekerapan penggunaan dan pengaplikasian. Kedua-dua faktor ini merupakan faktor yang saling berkait.
No comments:
Post a Comment