Pada pandangan saya, guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020.
Kementerian Pendidikan Malaysia harus bertanggungjawab menghasilkan guru berkualiti dan kerana guru berkualiti menjamin kemenjadian pelajar dari segi prestasi dan sahsiah.
Justeru itu, pelancaran buku Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei 2009 ini amat penting dalam memenuhi tuntutan kualiti berkenaan.
SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pegangan bagi guru iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment