Monday, July 7, 2014

Bahasa Melayu penting kekalkan kestabilan

Bahasa Melayu penting kekalkan kestabilan
Bahasa Melayu penting kekalkan kestabilan

Pada pendapat saya, beberapa hasil kajian di peringkat antarabangsa, antaranya termasuklah oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa ibunda yang mudah difahami oleh murid adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar,terutamanya di peringkat rendah. Laporan "Education for AII Global Monitoring Report 2009" yang dikelolakan UNESCO juga memperakukan kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan pendidikan. Antara lain, laporan ini memetik satu kajian yang dibuat membabitkan 160 kumpulan Linguistik di 22 negara seluruh dunia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kehadiran murid di sekolah- sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar meningkat 10 peratus berbanding sekolah yang sebaliknya, dan fenomena ini lebih ketara bagi peringkat pendidikan rendah. 

Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa kebanyakan murid yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah atau sederhana tidak menunjukkan minat untuk belajar Sains dan Matematik sepanjang tempoh dasar PPSMI dilaksanakan. 

Selain itu, laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 juga melaporkan bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik terbukti mencatatkan prestasi lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.


No comments:

Post a Comment