Wednesday, July 9, 2014

Prestasi pendidikan kita merosot?

Prestasi pendidikan kita merosot?

Baru-baru ini pula Laporan Bank Dunia menyatakan prestasi pelajar merosot akibat sistem pendidikan kita yang terlalu berpusat.

Pada pandangan saya, persampelan kedua-dua kajian PISA dan TIMMS tersebut adalah terlalu kecil jika dibandingkan bilangan sekolah yang berjumlah 10,000 buah dan pelajarnya mencecah hampir 5.4 juta orang. Tambahan pula kita mempunyai berbagai jenis sekolah dan kedudukan lokaliti yang berbeza di seluruh negara.

Dalam situasi lain perbandingan pencapaian pendidikan antara sebuah negara dengan negara lain boleh dipersoalkan kerana setiap negara mempunyai dasar dan matlamat pendidikannya yang berbeza dan tersendiri.


No comments:

Post a Comment