Wednesday, July 9, 2014

PBS, PT3 asuh pelajar berbincang, berfikir lebih kreatif

PBS, PT3 asuh pelajar berbincang, berfikir lebih kreatif

Sistem pendidikan kita sering dikritik kononnya tidak cukup bagus berbanding negara jiran, Singapura dan Indonesia dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kritis. Adakah PBS jawapannya?

Kenapa perlu perkenal PBS? Ada mana-mana negara yang sudah melaksanakan PBS dan bukan peperiksaan bersepadu seperti sebelum ini?

Laporan yang dipautkan ini memberikan jawapan kepada kita bahawa melalui PBS dapat melahirkan para pelajar yang berfikir, proaktif dan kreatif disebabkan dahulu pelajar-pelajar kurang berfikir apabila mereka lebih banyak meneka jawapan. 


Mereka hanya perlu menanda jawapan peperiksaan yang dilihat tidak menggalakkan mereka berfikir. Sebagai contoh, dalam PBS ini, akan menggalakkan para pelajar untuk berbincang. Jadi, jika hendak berbincang mereka perlu ada ilmu pengetahuan dan nak dapat pengetahuan itu pula mereka perlu mencarinya. Jadi, PBS mempunyai semua perkara itu.




Guru perlu kuasai tiga elemen

Guru perlu kuasai tiga elemen


Setiap  guru perlu menguasai tiga ele­men iaitu komited, sedia berkorban serta mengamalkan perkongsian intelektual jika mahu menjadi seorang pendidik yang cemerlang.


Pada pandangan saya, selain tiga elemen yang disebut di atas, guru juga perlu mengetahui dengan luas dan mendalam mengenai mata pelajaran yang hendak diajar kerana sebarang kekurangan penguasaan melunturkan keyakinan pada diri sendiri. Hal ini seterusnya menghilangkan kepercayaan pelajar pada guru itu.


Sebaliknya guru yang benar-benar menguasai mata pelajaran yang diajarnya serta menyampaikannya dengan efektif dikatakan meningkatkan keyakinan diri pelajar dan juga diri sendiri.


Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan pembentukan kepemimpinan guru mesti memahami pelajar yang diajarnya.

Guru itu perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap tentang fizikal dan juga psikologi pelajar. Malah, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang teori pedagogi dan endragogi supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan pada pelajar dengan berkesan.


PBS lengkapi pelajar depani globalisasi

PBS lengkapi pelajar depani globalisasi

PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.PBS menekankan kemahiran komunikasi dan kemahiran. Hakikatnya, pelajar PBS daripada segi mental dan fizikal akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia globalisasi pada masa depan.

Pada pandangan saya, semua pihak seperti ahli politik, ahli akademik, NGO, guru-guru, pelajar dan masyarakat harus melihat sistem ini dengan pandangan yang positif. Berikan masa kepada pihak kerajaan untuk mengkaji, menambahbaikan dan melaksanakan dengan lebih baik lagi sesuatu sistem ini. Kewajaran kita untuk berusaha agar sistem  pendidikan yang dilaksanakan di negara kita antara yang terbaik di dunia.

Tuesday, July 8, 2014

9. Curriculum

9. Curriculum

Video 1-

Why Education in Singapore Works


Sistem pendidikan merupakan teras kepada sesuatu kekuatan negara. Negara yang kuat, lahirnya daripada sistem pendidikan negara yang mantap. Salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan yang menarik dan patut dicontohi oleh sistem pendidikan Malaysia adalah negara Singapura.

Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura.

Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing.


Rumusan yang dapat dibuat di sini tentang sistem pendidikan negara Singapura adalah adalah :

1. Kebanyakkan guru mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang.
2. Mereka fokus pada pembangunan individu pelajar. Jika pelajar didapati lemah, pelajar tersebut akan diserahkan kepada guru yang lebih mahir.
3. Cikgu-cikgu di Singapura yang dikatakan teruk akan diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran.

12. Using Technology, particularly ICT for teaching and learning

12. Using Technology, particularly ICT for teaching and learning


Video 1

Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan mengundang beberapa isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh pihak pentadbir, guru, pelajar, dan para ibu bapa juga. Justeru itu, fokus harus diberikan kepada peranan teknologi dalam pendidikan, sejarah perkembangan teknologi dalam pendidikan di Malaysia khususnya dalam pendidikan sains. Tinjauan status penggunaan teknologi dalam pendidikan sains sekarang juga harus diberi perhatian serta cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam menangani arus perubahan dalam pendidikan akibat pengintegrasian teknologi dalam pendidikan sains di Malaysia harus juga dikupas.

Monday, July 7, 2014

8. Assessment

8. Assessment


Video 1


Ringkasan Mengenai PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga)
  • PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
  • PT3 bagi Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study)
  • PT3 bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
  • Pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP).
  • PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
  • Guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini
  • Guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit selain rekod perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru
  • Guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


  Pelan

PPPM menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid untuk dicapai me­lalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang.

Fasa Gelombang Pertama (2013-2015), fokus adalah kepada peningkatan dalam kemahiran guru, kua­liti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah dan kepimpinan di sekolah.

Laporan  turut berkisar tentang akses dalam pendidikan termasuk peningkatan murid di peringkat prasekolah, peningkatan kemasukan di kolej vokasional, perluasan bilangan sekolah agama, sekolah seni, sekolah sukan, sekolah hospital dan sekolah integrasi.

Juga ditumpukan adalah soal perpa­duan melalui kokurikulum dan sukan, prestasi peperiksaan awam, kemahiran berfikir aras tinggi, penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris di samping penglibatan ibu bapa dan masya­rakat.




Jurang perlu diatasi bagi mencapai matlamat PPPM

Jurang perlu diatasi bagi mencapai matlamat PPPM


Pada pendapat saya, sistem pendidikan yang berkualiti mampu menghasilkan modal insan yang berwibawa dan berminda kelas pertama. Sistem pendidikan kini harus berupaya melahirkan pelajar yang dapat ‘berfikir di luar kotak’ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif.

Justeru, Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar  yang dilaksanakan untuk mencapai kesamarataan dan peluang pendidikan terbaik antara bandar dengan luar bandar adalah amat sesuai dan perlu dilaksanakan secara kolektif dan bersinergi antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk negara. Dalam hal ini, pelaburan tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan semata-mata dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada rakyat, tetapi juga perlu diusahakan oleh pihak ibu bapa setiap murid di negara ini. 


Ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak dalam tangan guru-guru di sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu ikut serta dalam pendidikan, khususnya pendidikan di rumah. Kejayaan anak-anak bergantung kepada usaha kolaboratif antara pihak sekolah dengan kalangan ibu bapa itu sendiri. Tegasnya di sini, ibu bapa perlu sanggup berkorban dan terlibat sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.

PPPM: Jurang sistem pendidikan negara membimbangkan

PPPM: Jurang sistem pendidikan negara membimbangkan

Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar.Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jauh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang? Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah seluruh negara setanding piawaian antarabangsa.

Ini termasuk pencapaian murid dan sekolah Malaysia di peringkat antarabangsa contohnya memperoleh pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Thailand dan Ekspo Reka Cipta dan Produk Baharu di Amerika Syarikat, tahun lepas.


Bahasa Melayu penting kekalkan kestabilan

Bahasa Melayu penting kekalkan kestabilan
Bahasa Melayu penting kekalkan kestabilan

Pada pendapat saya, beberapa hasil kajian di peringkat antarabangsa, antaranya termasuklah oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa ibunda yang mudah difahami oleh murid adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar,terutamanya di peringkat rendah. Laporan "Education for AII Global Monitoring Report 2009" yang dikelolakan UNESCO juga memperakukan kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan pendidikan. Antara lain, laporan ini memetik satu kajian yang dibuat membabitkan 160 kumpulan Linguistik di 22 negara seluruh dunia. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kehadiran murid di sekolah- sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar meningkat 10 peratus berbanding sekolah yang sebaliknya, dan fenomena ini lebih ketara bagi peringkat pendidikan rendah. 

Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa kebanyakan murid yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah atau sederhana tidak menunjukkan minat untuk belajar Sains dan Matematik sepanjang tempoh dasar PPSMI dilaksanakan. 

Selain itu, laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 juga melaporkan bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik terbukti mencatatkan prestasi lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.